Jan 31, 2011

hujan adalah rahmat allah bukan musibah

Apabila kehadiran hujan,sudah tentulah menganggu urusan aktiviti yang telah dirancangkan lebih awal lagi..oleh itu,tanpa kita sedari terpancullah dari mulut kata2 yang kurang menyenangkan seperti ''asyik hujan je?bila la nak berhenti?''...adakah kita sedar bahawa................ikuti hadis dibawah:

Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a. katanya, dia mendengar Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW bercerita, "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. TETAPI APABILA HUJAN TURUN ITU ADALAH RAHMAT." (Hadis riwayat Muslim)

Dalam penerangan hadis di atas,adakah kita sedar bahawa hujan ini sebenarnya adalah satu rahmat dari Allah..Daripada kita merungut dan asyik menyalahkan hujan,lebih baik digantikan dengan berdoa kepada Allah supaya tidak berlaku sebarang bencana seperti banjir dan sebagainya...ketika hujan menuruni mencecah bumi,kita sibuk berlari keluar mengambil jemuran di ampaian,dan apabila terjadinya keadaan seperti itu,kita selalu lupa untuk berdoa..Oleh itu,dalam entri kali ni,saya selitkan doa agar kita boleh amalkan bersama....



MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA SEBARANG BENCANA

Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar.

ertinya:Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat tempat tumbuhnya pohon..


DOA KETIKA MENDENGAR PETIR

Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik.

ertinya:Ya Allah janganlah engkau membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah engkau memusnahkan kami kerana seksaMu, dan ampunilah kami sebelum semua itu.


SETELAH BERHENTINYA HUJAN

Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih.

ertinya:Kami di beri hujan ini kerana Allah dan rahmatnya





Setelah sekian lama dilanda kemarau ,lalu Allah menurunkan hujan yang dapat menyejukkan makhluknya di bumi disamping dapat membersihkan udara yang kian tercemar ...Sebaik2nya,fenomena hujan ini mahupun banjir sekalipun haruslah kita hayati dan menjadikannya sebagai satu renungan buat kita semua..kita tidak haruslah menzahirkan kata-kata yang berupa rungutan atau celaan kerana HUJAN ITU RAHMAT ALLAH...


maaf jika terdapat sebarang kesalahan bahasa dan penulisan..










LIKE DGN HATI YG IKHLAS Share

Jan 29, 2011

Pengarah yang KHURAFAT??



kuang kuang kuang!!!

ni bukan nak cerita pengarah yang khurafat tapi nak cerita seorang pengarah VERY-VERY muda terfamous(mohd syamsul md yusof,26) yang baru saja hasil karya filemnya 'KHURAFAT' ditayangkan di pawagam baru-baru ini pada 13 januari lalu..beliau merupakan seorang pelakon dan juga anak kepada pengarah terkenal dato' Yusof Haslam..evendoe beliau masih hijau dalam bidang pengarahan ni tapi bakatnya dalam bidang pengarahan membuatkannya cukup terkenal & mampu bersaing dengan pengarah2 hebat yg lain..(terror tu)



siapa2 yang belum menonton filem ni @ yang tak berani tengok,kat bawah ni ada sinopsis:

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

BARISAN PELAKON:Syamsul Yusof,Liyana Jasmay,Sabrina Ali,Md Eyzendy,Fauziah Nawi,Nur Huda binti Ismail,Mariani,Latiff Borgiba

para penonton banyak membrikan respon yang baik terhadap filem khurafat ni dan ada jugak yang berpendapat filem arahan syamsul yusof ni filem seram yang menjadi...thumbs up to syamsul yusof!!syabas!!


LIKE DGN HATI YG IKHLAS Share

Jan 27, 2011

NAK TAU TENTANG BRACES?

kawan -kawan aku selalu tanya:
  • kenapa kau punya braces lain ek?
  • kenapa kau punya tak ade colour2?
  • kau tak tukar colour ke macam *******
The fact is,braces yang aku pakai ni memang tak ade colour okey?tak faham?Meh sini aku ajar korang!
Firstly,kite blaja dulu type of braces okey !sebelum tu bila aku taip perkataan 'bracket' maksudnya benda yang tampal petak2 kat setiap gigi tu..jangan blurr2 paham?

TRADITIONAL BRACES

1.METAL BRACES

Hah!ni la jenis braces yang anda-anda semua selalu tanya(soalan2 kat atas)!
yang colour2 tu sebenarnya ala2 cam getah(elastic band) ..pelbagai colour ada..merah?biru?hijau?ask je la dokter korang okey?tapi jangan pulak mintak dokter yang getahnya transparent sebab nanti kalau korang makan lauk kari tak pasal2 bertukar kekuning-kuningan (eeuuwww)..gelikan??nanti tak pasal2 kawan-kawan ingat korang ni TAK GOSOK GIGI!!(parah tu)..kelebihan 'metal braces' ni,harganya murah tak silap 3K-4K!





2.CLEAR BRACES

ni pula jenis transparent...jenis ni agak mahal berbanding metal braces..bracket ni mudah stains tapi boleh mintak dokter tukar..artis2 bnyk pakai yang jenis ini..




3.GOLD BRACES

Ni mesti korang tertanya-tanyakan??is it real gold??yup!!memang betul2 gold..terkejut?pernah nampak orang pakai jenis ni??tak pernah?sebab jenis ni mahal..and untuk orang yang allergic dengan stainless steel..hati2 la ye kalau duit korang tu dah melimpah-limpah lepas tu berkeinginan nak cuba gold braces ni..tak silap hari bulan,gigi korang dengan gold2 ni hilang..




SELF LIGATING BRACES@DAMON BRACES

ni yang jenis aku pakai..dikenali 'speed braces'.yang ni memang tak guna getah macam metal braces sebab tu tak ada colour2..korang perhatikan gambar yang ada tulis open close tu nampak tak?ada slidekan?.ha!jenis ni memang ada slide..nak jadikan cerita,memang ada perubahan yang agak cepat pada gigi akutapi doktor aku cakap speed2 pun gigi aku sampai berpusing ke arah lain..haha!lasakla kau gigi,mak aku bayar punya mahal janji korang(gigi2 sekalian) masuk saf!!



LINGUAL BRACES(DALAM)

Ok yang ni pulak jenis braces yang kita boleh pasang kat dalam..kosnya tak pasti mungkin 7k hingga 8k(kalau nak lebih jelas tanya dokter)..kalau korang rasa segan-segan nak pakai yg contoh2 kat atas tu boleh try yang ni..tp masalahnya kalau jenis lingual,lidah senang luka sebab lidah kita berlanggar-langgar dengan besi tu..tapi aku rasa macam menyusahkan je??nak2 kalau dokter tu nak cek gigi bawah,tak ke susah dengan adanya kewujudan lidah tu?kan?




INVISALIGN BRACES


Yang ni pula jenis pendakap gigi yang invisible..sape yang pakai jenis ni totally kita tak perasan langsung...orthodontists akan ambil tayangn gigi korang untuk dibuat model..kemudian korang boleh tengok gambaran gerakkan gigi dari awal sampai akhir menerusi komputer (clincheck) .. banyak la jugak benefit braces invisalign ni..lidah dan area2 mulut korang takkan luka,aligner tu sendiri tak kan stains @ kekuning-kuningan dan aligner tu korang boleh keluarkan untuk bersihakan..

ERR..TAK SAKIT KE??

Sakit tu masa mula2 korang pakai je..dalam seminggu dah ok..kadang2 ada orang tu 3@4 hari dah ok ... masa mula2 pakai tu dokter akan bagi pil tahan sakit supaya korang rasa selesa..kalau tak, nak buat itu nak buat ini serba tak kena sebab gusi rasa berdenyut2..tapi setiap kali appoinmnt akan rasa sakit dalam 1 @2 hari sebab dokter ketatkan balik wayar2 yang dah longgar tu..


BERAPA LAMA PAKAI BRACES NI?

Berapa lama tu terpulang pada individu tu sendiri..kalau gigi korang cepat bergerak and kelihatan cantik,cepatlah dokter bukak...tak kisahlah berapa lama sekalipun..seronok ape pakai braces...ada patient tu 5 tahun pakai,after bukak je dia rasa rindu nak pakai balik..

SELESA TAK?SUSAH TAK NAK MAKAN?

Mula2 rasa tak selesa sebab rasa macam ada somthing dalam mulut..lama2 ok la..Susah?Eh,tak la..ape yang susahnya...cuma kite kena jaga la.. kerepek2 yang keras kematu tu makan la pelan2..kalau tak boleh tertanggal bracket tu..kalau tertanggal je tak pe,kalau macam aku ni kes tertelan bracket dokter pun pening kepala..



hahahahaha!=p
(jangan jadi macam orang dlm newspaper ni oke)


SAYA NAK PAKAI BRACES NI TAPI TAK TAU MACAMANA PROSEDUR??

(ni bagi yg swasta)
datang klinik gigi yang korang kehendaki,jumpa dokter..beritahu yang korang berhasrat nak pasang braces..kemudian dokter akan tengok gigi korang ni macamana sama ada nak pasang yang metal braces @ self ligating braces @yg lain2..dan dokter akan tengok samaada gigi korang ni perlu dicabut atau tidak...mana gigi berlapis-lapis yang horrible sgt tu kemungkinan dokter akan cabut dulu..lepas tu korang kena ambil xray gigi untuk lihat kalau2 ade gigi yang baru nak tumbuh..manalah tau kan korang dah elok2 pakai braces sekali ada anak gigi pulak nak tumbuh..dah susah..bagi yang kerajaan pulak aku tak bberapa pasti,tapi dari segi kosnya murah berbanding swasta..

TAPI SWASTA NI MAHAL LA...

memang mahal,tapi andaikata la kan kos braces korang tu RM5+++..bukannya korang bayar masa braces tu dipasang tapi korang boleh bayar tiap2 kali datang appoinmnt..bayar sikit2..

p/s:kalau gigi korang tu elok,molek lagi n tersusun cantik je tak payahla
mengada-ngada pakai braces..nanti korang yang susah..walaupun sekarang dah trend..ada orang tu gigi dia b4 pakai braces cantik je disbbkan ikot2 mmbr,dah gigi dia berubah jadi tak cantik..tak nak la cam tu kan..



ni photo2 klinik gigi tempat aku buat..kalau korang berminat datangla treatmnt kat sini..=)







Dr Mohd Ashawi Muhi
BDS (Malaya), 1994

Upon graduating with a Bachelor in Dental Surgery from the University of Malaya in 1994, Dr Mohd Ashawi Muhi worked in private practice for four years. Based in Johor Baru, he opened his first clinic in Bandar Baru UDA in 1999 and his second clinic, Klinik Pergigian Perbadanan Islam, at Bangunan Perbadanan Islam Kebun Teh seven years later, in collaboration with the Islamic Corporation Medical Centre (ICMC), a subsidiary of Perbadanan Islam Johor.

With an avid professional interest in cosmetic dentistry, oral rehabilitation and implant dentistry, Dr Ashawi has attended many international conferences and short courses in Australia, Korea, Switzerland, Thailand, Singapore, Indonesia and the United Kingdom.

As Soma Medical's Clinical Consultant, Dr Ashawi is happy to share his firsthand experience and expertise in implementing Indoor Air Quality Assurance (IAQA) in the dental surgery practice and hospital settings with other dental surgeons, doctors, healthcare professionals as well as the layman.

"Indoor Air Quality is something we take for granted as it is easy to unwittingly assume that air that is not smoky or dusty is free of contaminants. It is only when a serious outbreak like Swine Influenza A (H1N1) occurs that we realize the importance of ensuring that the air we breathe is free of airborne pathogens, such as viruses and bacteria, as well as allergens."

"The old adage 'Prevention is Better Than Cure' holds true with airborne infections as the prevention of airborne infections is so much more effective and simpler to implement with IAQA than to treat an outbreak of Swine Influenza A (H1N1), Avian Influenza, Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) or tuberculosis (TB)."


okey tu saje entry aku..panjang dah ponat jari jemari ni hah..jumpa lagi..daaaaa~
LIKE DGN HATI YG IKHLAS Share