
kuang kuang kuang!!!
ni bukan nak cerita pengarah yang khurafat tapi nak cerita seorang pengarah VERY-VERY muda terfamous(mohd syamsul md yusof,26) yang baru saja hasil karya filemnya 'KHURAFAT' ditayangkan di pawagam baru-baru ini pada 13 januari lalu..beliau merupakan seorang pelakon dan juga anak kepada pengarah terkenal dato' Yusof Haslam..evendoe beliau masih hijau dalam bidang pengarahan ni tapi bakatnya dalam bidang pengarahan membuatkannya cukup terkenal & mampu bersaing dengan pengarah2 hebat yg lain..(terror tu)
siapa2 yang belum menonton filem ni @ yang tak berani tengok,kat bawah ni ada sinopsis:

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.
BARISAN PELAKON:Syamsul Yusof,Liyana Jasmay,Sabrina Ali,Md Eyzendy,Fauziah Nawi,Nur Huda binti Ismail,Mariani,Latiff Borgiba
para penonton banyak membrikan respon yang baik terhadap filem khurafat ni dan ada jugak yang berpendapat filem arahan syamsul yusof ni filem seram yang menjadi...thumbs up to syamsul yusof!!syabas!!






No comments:
Post a Comment