Jan 31, 2011

hujan adalah rahmat allah bukan musibah

Apabila kehadiran hujan,sudah tentulah menganggu urusan aktiviti yang telah dirancangkan lebih awal lagi..oleh itu,tanpa kita sedari terpancullah dari mulut kata2 yang kurang menyenangkan seperti ''asyik hujan je?bila la nak berhenti?''...adakah kita sedar bahawa................ikuti hadis dibawah:

Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a. katanya, dia mendengar Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW bercerita, "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. TETAPI APABILA HUJAN TURUN ITU ADALAH RAHMAT." (Hadis riwayat Muslim)

Dalam penerangan hadis di atas,adakah kita sedar bahawa hujan ini sebenarnya adalah satu rahmat dari Allah..Daripada kita merungut dan asyik menyalahkan hujan,lebih baik digantikan dengan berdoa kepada Allah supaya tidak berlaku sebarang bencana seperti banjir dan sebagainya...ketika hujan menuruni mencecah bumi,kita sibuk berlari keluar mengambil jemuran di ampaian,dan apabila terjadinya keadaan seperti itu,kita selalu lupa untuk berdoa..Oleh itu,dalam entri kali ni,saya selitkan doa agar kita boleh amalkan bersama....



MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA SEBARANG BENCANA

Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar.

ertinya:Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat tempat tumbuhnya pohon..


DOA KETIKA MENDENGAR PETIR

Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik.

ertinya:Ya Allah janganlah engkau membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah engkau memusnahkan kami kerana seksaMu, dan ampunilah kami sebelum semua itu.


SETELAH BERHENTINYA HUJAN

Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih.

ertinya:Kami di beri hujan ini kerana Allah dan rahmatnya





Setelah sekian lama dilanda kemarau ,lalu Allah menurunkan hujan yang dapat menyejukkan makhluknya di bumi disamping dapat membersihkan udara yang kian tercemar ...Sebaik2nya,fenomena hujan ini mahupun banjir sekalipun haruslah kita hayati dan menjadikannya sebagai satu renungan buat kita semua..kita tidak haruslah menzahirkan kata-kata yang berupa rungutan atau celaan kerana HUJAN ITU RAHMAT ALLAH...


maaf jika terdapat sebarang kesalahan bahasa dan penulisan..










LIKE DGN HATI YG IKHLAS Share

1 comment:

  1. dewalt titanium drill bit set | Tithuan Engineering - Titanium
    It will help me find a better burnt titanium deal with a much lighter titanium for sale set oakley titanium glasses of blades. The other downside is that when you do the titanium jewelry re-engineer I'll be able aftershokz titanium to make an

    ReplyDelete